Sunday, September 27, 2009

RIDsect membasmi 'GUTU'

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.

Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah

Untuk membasminya anda boleh cuba guna ridsect. Cuba dulu dan anda akan mempercayainya..

1 comment: