Sunday, February 7, 2010

kak nuraisyah

Bersama kakchah bantu ibu di cooking contest, anjuran Tupperware Dungun.

Thursday, January 7, 2010

Suasana di pasaraya pada Musim Perayaan

Ini adalah karangan kanda Syed Hasan untuk kerja rumahnya, dengan dibantu yang dikasihi ayahanda:

Suasana Di Pasaraya Pada Musim Perayaan

Idulfitri tidak lama lagi akan disambut oleh umat islam. Kami sekeluarga belum lagi membuat persiapan sebagaimana biasa. Tahun-tahun sudah kami membuat persiapan awal. Tapi tahun ini kewangan ayah agak tersepit. Nasib baik di akhir ramadhan, ayah sambil tersenyum mengajak kami ke pasaraya. Mungkin ayah baru dapat bonus.

Kenderaan berpusu-pusu. Tempat letak kereta hampir tiada. Saya, adik-adik dan ibu turun dulu dari kereta proton saga ayah, sambil ayah menunggu giliran ‘parking’. Ayah sengaja ke pasaraya besar bagi mengelakkan singgah ke banyak kedai untuk beli persiapan hari raya kami sekeluarga. Tambahan pula di pasaraya besar selalunya ada tawaran harga.

Saya terus mencapai troli untuk mengisi barangan yang bakal kami beli. Adik bungsu saya terus memanjat ke atas troli. Para jurujual kelihatan begitu sibuk memperkenalkan barangan jualan mereka. Ibu selalunya tidak melayan mereka. Ayah sudah pesan, jangan melencung ke tempat lain, terus beli apa yang telah dirancang.

Tawaran harga yang diiklankan memang menarik. Potongan sehingga 70%. Mungkin mutunya kurang baik. Tapi bagi kami, ia sudah memadai. Sesudah selesai memilih pakaian dan kasut untuk kami sekeluarga, masalah seterusnya adalah untuk membayar. Semua kaunter bayaran yang disediakan penuh dengan pelanggan. Ibu mengambil masa kira-kira 20 minit berbaris untuk membuat pembayaran. Sudahlah habis banyak wang, masapun terbuang hampir dua jam dalam pasaraya sahaja, tidak termasuk ‘jem’ di jalanraya.

Walaupun begitu kami tetap bersyukur kerana dapat merayakan idulfitri tahun ini dengan meriah. Di pagi raya, ibu dan ayah kelihatan hanya mengenakan pakaian raya tahun lepas sahaja.

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru




Happy New Year Kepada Aboh,Ibu,Hasan,Husayn,Timoh,Ali dan semua pembaca blog saya

Monday, November 9, 2009

Banjir di Taman Rakyat



Husayn,fatimah dan Aliy main dalam air slamber je.Ni kak yam nok nasihat jaga 2 takut ade litoh, eeeeeeee geli

Thursday, October 22, 2009

hilang spek

bila kita hilang sesuatu, kita akan segera mencarinya. Samada jumpa atau tidak, itu perkara lain. Tapi bila hilang spek, kita jadi hilang upaya untuk mencari.

Saturday, October 17, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Tuesday, September 29, 2009

raya di Kemaman


biarpun baru sebulan berpindah ke dungun, kerinduan pada rakan2 di kemaman membuak2.

Sunday, September 27, 2009

RIDsect membasmi 'GUTU'

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.

Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah

Untuk membasminya anda boleh cuba guna ridsect. Cuba dulu dan anda akan mempercayainya..

Tuesday, September 15, 2009

Sunday, September 13, 2009

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Sunday, May 17, 2009

YAM pun nak memblog

Takkan Husayn je yang Abah beri buat blog. Yam pun nak juga. Yam akan buat lebih baik dari Husayn (smhusayn.blogspot.com)